INFO: Sekolah Amanah
1.
Mengamalkan
konsep perkongsian antara awam dan swasta seperti yang diamalkan di beberapa
negara antaranya Amerika Syarikat, England dan Sweden.
2.
Sekolah
awam akan diurus bersama oleh rakan kongsi swasta yang berkelayakan dan
pengetua daripada perkhidmatan awam di bawah naungan Kementerian Pelajaran.
3.
Menggabungkan
ciri-ciri terbaik daripada sektor awam dan swasta bagi menyediakan pengalaman
pendidikan yang lebih baik untuk pelajar supaya dapat mencapai potensi mereka
sepenuhnya.
4.
Berbeza
dengan Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah SMART dan Sekolah
Wawasan kerana ia menggunakan model pengurusan serta operasi yang berbeza iaitu
berteraskan perkongsian awam-swasta.
5.
Terus
mengekalkan status awam tetapi lebih bebas untuk bekerjasama dengan rakan
kongsi swasta berkelayakan (menerusi yayasan bukan berasaskan keuntungan) yang
mempunyai kepakaran, sumber, dana dan kualiti kepimpinan bagi menawarkan
perkhidmatan nilai tambah yang bersesuaian.
6.
Rakan
kongsi swasta boleh tergolong daripada institusi pendidikan tinggi, kumpulan
alumni dan juga syarikat swasta.
7.
Diberi
kelonggaran bagi membuat keputusan mengenai penyampaian kurikulum, pembangunan
profesional berterusan, kewangan dan pemerolehan serta pengurusan sumber
manusia bagi mempertingkatkan inovasi dan memenuhi keperluan komuniti setiap
sekolah.
8.
Menetapkan
beberapa sasaran indeks prestasi utama (KPI) yang berkaitan dengan peningkatan
hasil pelajar dalam rangka masa lima tahun merangkumi aspek akademik dan bukan
akademik seperti keputusan peperiksaan, kemajuan pelajar dan sekolah, perkembangan
watak (kepimpinan dan kreativiti) dan kepuasan pihak yang berkepentingan iaitu
pengetua, guru, ibu bapa dan pelajar.
No comments:
Post a Comment